Tuesday, April 22, 2014

HOME

CantikSihat Marketing telah ditubuhkan awal Julai 2012. Dimiliki oleh Bumiputera Junaidah Kamarudin atau June (Nama Singkatan), Beliau memiliki Pendidikan dalam bidang Pengurusan Perniagaan, termasuk mempunyai ilmu dan pengalaman dalam menjalankan perniagaan dan pemasaran berasaskan kecantikan dan kesihatan hampir 7 tahun. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam menjalankan perkhidmatan kecantikan termasuk menjadi Tenaga Pengajar di salah sebuah Pusat Kecantikan tersohor di Lembah Klang selama 3 Tahun. Berbekalkan Ilmu dan keyakinan kini CantikSihat Marketing mempunyai Spa tersendiri iaitu Mahligai Ratu Spa dimana kepada wanita yang ingin merawat wajah dan badan boleh bermanjakan diri di Spa beliau yang terletak di Kota Tinggi,Johor.

Ilmu kecantikan adalah satu ilmu yang boleh mendatangkan pendapatan. Justeru itu, pengalaman yang diperolehi akan dikongsi kepada para wanita luar yang berminat menambah ilmu dan pendapatan. Berasaskan ilmu yang diperolehi dari pelbagai Tenaga Pengajar, CantikSihat membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menambah kemahiran dengan menyertai Kursus Kecantikan Jangka Pendek. Juga dialukan kepada yang ingin memanjakan diri ke Mahligai Ratu Spa, pelbagai rawatan spa yang ditawarkan.

Antara Rawatan Spa & Kursus Kecantikan yang ditawarkan adalah seperti Rawatan Muka & Wajah, Urutan Muka & Wajah, Rawatan Urutan Tradisional, Urutan Spa & Relaxing, Urutan Aromatherapy, Urutan selepas bersalin, Scrub/Lulur Badan, Mandi Bunga, Mandi Rempah, Mandi Susu dgn Bacaan2 Alquran sbg penyeri wajah terutama kepada bakal pengantin baru, Bertungku, Bertangas, Foot Spa, Releksologi, Urutan Kaki, Solekan Asas, Solekan Majlis & Solekan Kahwin, Teknik Pemasaran & Perniagaan berkesan dll.

Untuk lebih informasi & keterangan lanjut boleh Hubungi  0197428470 atau 0122444664 atau emel cantiksihatmarketing@gmail.com atau website www.mahligairatuspa.blogspot.com